Monday, January 24, 2011

Berfalsafah

      Pada 24 Januari 2011, kelas Pembinaan Modal Insan telah batal. Jadi, saya telah mengikuti dua orang rakan saya untuk bersarapan di kafetaria Proton City. Kami bertiga telah berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh salah seorang rakan saya. Perbualan yang berlaku adalah seperti berikut:


Individu A      : Saya  cuma nak tanya pendapat kamu berdua sahaja. Kalau kamu di tempat saya, apa yang kamu buat?
Individu B      : O.K. Macam ini. Katakana kasut yang kamu pakai itu ada masalah. Contohnya, ia ketat, sakit atau somethinglah. Maknanya, kamu ada masalah dengan kasut itu. Daripada kamu menghadapi masalah dengan kasut tu dan selalu kata masalah, saya rasa baik kamu buang je kasut tu dan beli yang baru. Dah settle masalah kan?
Individu A      : Saya faham. Tapi, katakan kasut tu adalah baju kegemaran saya. Walaupun, baju saya tu dah koyak dan tak boleh digunakan lagi. Tapi, saya masih nak simpannya sebab saya begitu menyukai baju tu. Walaupun, dah koyak saya akan cuba juga jahitnya dan simpan. Begitu jugalah persahabatan saya ni. Walaupun, kawan saya cuba mengelak daripada saya tapi, saya tetap nak teruskan persahabatan ni.
Individu C      : Bagus juga ye sikap kamu. Walaupun, kamu tahu baju tu dah koyak tapi kamu tetap nak menyimpan baju tu. Jadi, samalah, kamu ada sikap untuk menjalinkan semula persahabatan kamu. Tapi, awak kena faham. Walaupun, awak dah cuba jahit semula baju tu tapi awak tak boleh pakainya macam dulu. Keadaan tu tak sama dengan keadaan baju tu yang sebelum ni tak koyak. Keadaan tu dah lain tau. Walaupun,  kamu cuba nak kawan semula, keadaan tu tak sama macam dulu. Kawan kita (individu B) pula, dia tak suka hadapi masalah, dia cuba lari daripada masalah kan?
Individu B      : Ye, memang betul. Saya memang tak boleh dengan masalah. Saya mesti cari jalan keluar dari masalah. Macam kasut tu. Kalau dah tahu kasut tu bermasalah dan tak sesuai dengan kita, kenapa nak pakai lagi. Betul tak? Ceh, berfalsafah pula kita ni.

Berdasarkan perbualan tadi, perkara yang menarik adalah penggunaan makna tersirat bagi mengungkapkan sesuatu. Perbualan tadi menunjukkan penggunakan kiasan bagi menyatakan sesuatu supaya makna atau pendapat yang disampaikan tersebut jelas. Kami menggunakan perkataan 'baju' dan 'kasut' bagi merujuk kepada seseorang individu. Perkataan 'baju' dan 'kasut' digunakan bagi membolehkan pendengar kami memahami makna atau kebenaran yang ingin disampaikan. Jadi, perbualan tersebut menunjukkan penggunaan bahasa kiasan bagi menyatakan atau meluahkan sesuatu perkara.


No comments:

Post a Comment

Pages