Tuesday, January 18, 2011

Kerenah pada waktu pagi

Pada 19 Januari 2011, saya telah bangun lewat dan telah berbaris di sebelah perhentian bas Kolej Ungku Omar untuk menaiki bas ke Proton City pada pukul 7.30pagi. Pada pukul 7.45 pagi, sebuah bas dari KUO ke PC baru sampai dan pelajar yang berbaris di bahagian hadapan mula menaiki bas. Namun, terdapat banyak ruangan kosong di bahagian belakang bas dan pelajar-pelajar yang telah menaiki bas tidak bergerak ke bahagian belakang bagi memberi peluang kepada pelajar lain untuk menaiki bas. Perkara ini menimbulkan kemarahan salah seorang pelajar perempuan yang berbaris di belakang saya. Kata-kata yang diucapkannya adalah 'Tak sedarkah dia orang ni, tak nampak ke kita nak naik bas, lepas tu tengok macam tu je, geramnya aku'. Kata-kata tersebut dikeluarkan kerana risau akan sampai lewat ke kelas kerana masing-masing mempunyai kelas pada pukul 8 pagi. Selepas 5 minit, saya telah menaiki bas yang lain dengan pelajar perempuan tadi. Kemudian, pelajar perempuan tadi melafazkan kata-kata ' Cikgu-cikgu, tolong masuk ke dalam ye, ada ramai lagi yang tunggu bas untuk naik, terima kasih. Situasi tersebut, menunjukkan sifat prihatin pelajar tersebut terhadap orang lain walaupun memarahi pelajar-pelajar yang menaiki bas pertama. Selain itu, pelajar tersebut juga peka agar tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dengan masuk ke dalam bahagian belakang bas dan juga meminta orang lain pun berbuat demikian dengan menggunakan bahasa yang sopan. Sebenarnya, tekanan-tekanan sedemikian dapat dielakkan sekiranya setiap pelajar keluar lebih awal untuk  pergi ke kelas. Hal ini demikian kerana, pada pukul 7 hingga 7.15 pagi pelajar yang menaiki bas adalah tidak ramai dan terdapat banyak kekosongan tempat dalam bas-bas tersebut. Dengan demikian, pelajar seharusnya keluar lebih awal bagi mengelakkan tekanan ketika menaiki bas pada waktu pagi.

No comments:

Post a Comment

Pages