Saturday, January 22, 2011

Pencemaran Bahasa

Pada 22 Januari 2011, saya telah melayari http://www.fcucommunity.net/2010/02/kamiblogger-biggest-contest.html. Laman web ini memberi maklumat yang berkaitan dengan langlah-langkah yang perlu dilakukan oleh peserta untuk menyertai pertandingan. Syarat-syarat penyertaannya telah menarik perhatian saya. Antara syarat-syarat yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1) Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest.
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad.

Anda akan dapat mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh penulis tersebut pada perkataan yang berwarna putih. Penulis telah mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kemungkinan penulis tersebut menggunakan perkataan tersebut bagi memudahkan pemahaman pembaca. Namun, saya merasakan perkataan langkah bagi step dan perkataan pertandingan bagi contest juga dapat difahami oleh pembaca. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dapat menjamin kualiti bahasa kita. 

No comments:

Post a Comment

Pages