Tuesday, January 18, 2011

Tidak pentingkan duit

Pada 18 Januari 2011, iaitu pada pukul 10.00 malam, saya telah pergi untuk membeli burger. Pada ketika tersebut, saya berasa sangat lapar kerana telah mengikuti program dan tidak sempat untuk memakan. Saya telah memberitahu kepada peniaga tersebut bahawa saya nak membeli burger ayam. Peniaga tersebut berkata 'Ah, adik,  sorry ye, ada banyak order ni. Tak apa ke kalau adik tunggu lama, tapi, memang kena tunggu lama la sebab order banyak'. Saya telah membatalkan niat saya untuk membeli burger di kedai itu dan mula mencari kedai lain kerana saya berasa terlalu lapar pada ketika itu. Namun, saya berasa kagum dengan sikap peniaga tersebut yang berterus terang dengan saya di samping menggunakan bahasa yang baik. Saya juga berasa hairan dengan sikap peniaga tersebut yang tidak mementingkan untung dan prihatin terhadap pelangannya yang berasa lapar dan menunggu lama untuk mendapatkan makanan. Situasi ini jelas menunjukkan sikap peniaga tersebut yang tidak mementingkan untung semata-semata malah bersikap prihatin dan tidak mengamalkan sikap cemburu pada peniaga lain.


No comments:

Post a Comment

Pages