Thursday, March 17, 2011

Maaf

Pada 13 Mac 2011, saya sibuk membuat segala tugasan kerana cuti pada hari tersebut. Pada hari tersebut, saya berasa sangat lapar dan membuat keputusan untuk keluar dengan rakan sebilik saya untuk membeli kuih pau di kawasan yang berdekatan dengan kolej kediaman. Saya ternampak seorang pak cik yang menjual kuih pau bersama anaknya. Pak cik tersebut menggunakan bahasa yang baik ketika berkomunikasi. Saya juga mendapati bahawa wajahnya ceria pada hari tersebut. Saya juga turut berasa tenang melihat wajah pak cik tersebut. Rakan sebilik saya juga tertarik untuk membeli kuih pau daripada pak cik tersebut. Perbualan yang berlaku antara rakan sebilik saya dengan pak cik tersebut adalah seperti berikut:
“Pak cik selalu menjual ke pau kat sini?” tanya rakan sebilik saya.
“Mintak maaf banyak-banyak nak, selalunya pak cik menjual tapi pak cik selama tiga minggu tak berapa sihat. Jadi, pak cik tak dapat jual juga nak. Muda-mudahan pak cik sihat selalu” kata pak cik tersebut sambil senyum pada kami.
Sebenarnya, manusia memang tidak mudah meminta maaf kepada seseorang walaupun ia tahu dirinya bersalah. Namun, situasi yang berlaku pada hari ini menyebabkan saya kagum dengan sikap pak cik tersebut yang sedia meminta maaf tanpa mengenal usia. Pada hakikatnya, pak cik tersebut tidak terikat atau diwajibkan menjual kuih tersebut kepada kami sehingga sanggup meminta maaf. Dengan demikian, kita seharusnya mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh pak cik tersebut iaitu meminta maaf.

No comments:

Post a Comment

Pages