Thursday, March 17, 2011

Ayat Silaan

     Pada 10 Mac 2011, saya telah pergi ke rumah rakan saya untuk mengambil bahan-bahan yang berkaitan dengan tugasan. Rakan saya menjemput saya dengan wajah yang ceria setelah melihat diri saya yang berada di pintu rumahnya. Ia menjemput saya dengan ayat yang berikut:

“Jemputlah masuk Bawani”.
“ Jangan malu-malu”.

Saya pun masuk ke dalam rumahnya tanpa segan silu. Pada ketika tersebut, saya mendapati bahawa penghuni-penghuni rumah tersebut menikmati sarapan bersama-sama. Saya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh mereka. Ayat yang digunakan oleh mereka ialah ayat silaan. Ayat silaan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menjemput atau mempersila seseorang. Ayat silaan menggunakan kata silaan seperti sila, jemput dan sebagainya. Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat.  Misalnya, sila datang ke majlis itu. Penggunaan ayat silaan memang mewujudkan satu ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Selain itu, penggunaan ayat silaan juga dapat menggambarkan watak seseorang yang berbudi pekerti dan bersopan. Individu yang mengamalkan ayat silaan memang mudah didekati oleh orang lain. Perkara ini jelas apabila saya berasa selesa dan telah berkenalan dengan penghuni-penghuni rumah tersebut kerana tertarik dengan penggunaan ayat silaan.

No comments:

Post a Comment

Pages