Wednesday, March 16, 2011

Ukirlah Senyuman Pada Bibirmu

        Pada 23 Februari 2011, saya telah balik ke rumah iaitu dari Proton City ke Kolej Harun Aminurrashid. Saya melihat rakan serumah saya duduk di meja makan ketika pintu rumah dibuka. Saya terus senyum setelah melihat wajahnya. Namun, dia terus mengalih pandangannya ke tempat lain seolah-olah tidak melihat keadaan tersebut. Saya berasa agak tidak selesa dengan keadaan tersebut dan muka saya pun kelihatan pucat. Sebenarnya, rakan serumah saya memang bersikap begitu dan keadaan tersebut bukanlah baru kepada saya. Namun, saya tetap berasa tidak selesa dengan kejadian tersebut. Kemudian, saya pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku dan balik ke rumah pada waktu petang. Saya amat penat pada ketika tersebut. Saya  membuat keputusan untuk tidak senyum sekiranya rakan serumah saya berada di meja makan ketika saya memasuki rumah. Setelah saya memasuki rumah, satu suara mesra dan riang menyambut kedatangan saya. Kata-kata yang diucapkan kepada saya ialah 'Hai kak Bawani. Baru sampai ye? Sebenarnya, perkataan itu diucapkan dengan senyuman manis oleh rakan serumah saya yang lain. Saya berasa bertenaga dan berseri apabila mendengar teguran yang begitu mesra. Pada ketika tersebut, saya berasa segala penat hilang dalam sesaat. Dengan ini, kita mendapati bahawa betapa hebatnya senyuman dan kata-kata manis bagi menyegarkan seseorang. Adakah terlalu susah untuk senyum pada orang lain? Saya sendiri tidak mengerti dengan sikap manusia yang sedemikian. Saya menyeru kepada pembaca blog ini agar tidak bersikap demikian kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment

Pages