Wednesday, March 16, 2011

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya


    Pada 15 Februari 2011, saya telah melayari internet untuk mencari bahan bagi tugasan saya di meja makan di Kolej Harun Aminurrashid. Pada ketika tersebut, kawan kepada rakan serumah saya datang ke rumah untuk berjumpa dengannya. Mereka berdua berbual-bual dengan penuh riang. Tiba-tiba perbualan mereka menarik perhatian saya. Hal ini demikian kerana, saya terdengar suatu peribahasa yang disebutkan oleh kawan tersebut. Saya tidak mendengar keseluruhan perbualan mereka tetapi saya terdengar suatu peribahasa yang berbunyi 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Peribahasa tersebut amat menarik perhatian saya. Ekoran itu, saya mula mencari makna bagi peribahasa tersebut menerusi internet. Ekoran itu, saya mendapati kita perlu sentiasa menjaga tutur kata supaya tidak menghadapi masalah kelak. Saya agak kagum dengan penggunaan peribahasa dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Hal ini demikian kerana, saya beranggapan bahawa peribahasa digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk menyampaikan sesuatu perkara secara tersirat atau halus dalam kehidupan seharian. Saya juga beranggapan bahawa generasi muda pada zaman sekarang tidak berminat untuk menggunakan peribahasa berdasarkan buku-buku yang pernah saya baca. Penggunaan peribahasa oleh kawan tersebut memberi kesedaran kepada saya bahawa penggunaannya masih wujud dalam kalangan generasi muda zaman sekarang. Oleh itu, penggunaan peribahasa dalam kalangan generasi muda memang suatu perkara yang mengembirakan. Justeru, saya berharap penggunaannya terus wujud dalam kehidupan seharian kita agar peribahasa tidak lenyap ditelan zaman.



2 comments:

  1. :) benar sekali ... cantik kan bahasa kita

    ReplyDelete
  2. Penggunaannya dalam kehidupan seharian akan mengekalkan warisan budaya tersebut.

    ReplyDelete

Pages